
Kampung saya adalah Kampung Timboi Dagang Kanibongan Pitas. Ia terletak dalam kawasan N 1 Banggi. Nama asalnya adalah Kampung Narandang. Kampung Narandang kini telah dipecahkan kepada 3 buah iaitu kampung Narandang Darat, Narandang Laut dan Timboi Dagang. Kampung saya terletak kira-kira 21 km. daripada Pekan Pitas dan 10 km. darpada pekan kecil Kanibongan yang mana di pekan kecil inilah terletak tamu, kelinik kesihatan ibu dan anak, SMK, SK, dan Balai Polis Desa.Sejak saya dilahirkan kira-kira 40 tahun yang lalu dan sehingga sekarang, tidak banyak perubahan yang berlaku di kampung saya. Hanya sekarang ini, Projek Penanaman Getah yang dikendalikan oleh LIGS sedang giat dilaksanakan. Maskipun begitu, masih terdapat beberapa kemudahan pembangunan asas yang belum dapat kami rasai meskipun negera kita Malaysia telah merdeka 52 tahun. Antaranya adalah seperti bekalan air bersih(air paip), jalan raya berturap, kelinik kesihatan desa, sekolah tadika yang teratur dan telikomunikasi(talian telefon/telefon awam) dan banyak lagi. Sumber pendapatan utama penduduk kampung saya adalah pertanian secara kecil-kecilan seperi sawah padi, getah, sayuran dan sebagainya.


Masalah bekalan air bersih adalah masalah yang tidak asing lagi buat kampung saya. Sumber bekalan air yang sedia ada adalah hanya daripada perigi/telaga, sungai, kolam buatan sendiri dan air hujan. Jika musim hujan, sumber air daripada sungai, perigi dan kolam tidak dapat digunakan kerana keruh. Segelintir penduduk yang memiliki tangki air kurang bermasalah ketika musim hujan. Namun bagi mereka yang tidak mempunyai tangki air, hanya menggunakan bekas tadahan seperti tempayan, baldi dan sebagainya yang amat terhad. Semasa musim banjir, secara lazimnya akan memakan masa 1 ke 2 minggu tanpa hujan turun barulah paras air sungai surut dan air akan beransur jernih. Manakala bagi mereka yang tidak memiliki tangki air yang beser atau tiada langsung, bekalan air yang ditadah atau digumpul dalam beksa yang terhad, tidak akan mencukupi dalam masa 1 minggu sedangkan air sungai, kolam dan peringi masih keruh. Ada yang terpaksa meminum air sungai, kolam atau perigi yang keruh setelah air yang ditadah telah habis meskipun sumber yang ada masih keruh. Tidak kurang juga penduduk kampung yang mengalami sakit perut cirit-birit, demam dan sebagainya akibat dijangkiti wabak ketika berlaku musim tersebut.
Apabila berlaku musim kemarau yang panjang, kesemua sumber bekalan tersebut akan kering kontang. Terpaksalah penduduk kampung saya meredah hutan lurah dan denai yang kadangkala sejaurh 10 ke 15 km. daripada tempat kediaman masing-masing, untuk mencari sumber air seperti tasik yang masih ada air. Malah semua tanaman dan ternakan turut terjejas atau musnah akibat ketiadaan sumber air. Ada kalanya terpaksa bertahan beberapa hari tak mandi atau mencuci pakaian akibat jarak sumber air yang agak jauh daripada tempat kediaman. Ini bermakna penduduk kampung saya sentiasa tertekan menghadapi masalah bekalan air sepanjang tahun kerana musim tengkuju dan musi kemarau PASTI akan mendatangkan masalah bekalan air.
JALAN RAYA



Jarak daripada kampung saya ke SK, SMK dan kelinik kesihatan di pekan kecil Kanibongan sejauh kira-kira 10 km. Jarak inilah yang tidak mempunyai jalan raya yang baik. Terdapat 8 buah kampung dengan anggaran 1,500 orang penduduk yang menggunakan jalan tersebut selain daripada pengguna jalan raya yang lain daripada kampung jiran dan pegawai kerajaan seperti Jabatan Pertanian, LIGS dan lain-lain. Jalan raya yang sempit, tidak berturap, sistem perparitan yang tidak sempurna dan jambatan sungai yang kurang selamat untuk dilalui, kadang kala langsung tidak dapat dilalui ketika musim tengkuju. Jalan yang diturapi oleh lumpur yang tebal dan lubang besar akibat hakisan arus sungai dan hujan, sering mengundang kenderaan terkandas dan tidak kurang yang mengalami kemalangan. Keadaan ini kadangkala berlaku sehingga 3 bulan lamanya untuk diselanggara atau dibaiki sedikit oleh jentera khas yang lazimnya daripada pihak LIGS.
Ketika musim hujan, bukan sekedar persekolahan anak-anak yang terjejas malah mangsa yang mengalami masalah kesihatan yang mendedak, masalah bersalin, kemalangan dan sebagainya, tidak dapat dihantar ke hospital pekan Pitas kerana keadaan jalan yang tidak dapat dilalui. Malah ada kalanya ada mangsa yang mengakhiri hayatnya terperap di kampung kerana tidak mendapat rawatan segera ke hospital. Pemasaran hasil-hasil tani ke tamu Kanibongan pada musim ini juga turut terjejas dan sehingga ada yang tidak mendapat bekalan keperluan asas seperti beras dan bahan api yang hanya terdapat di pekan kerana keadaan jalan yang terputus atau tidak dapat dilalui. Sehubungan dengan itu, jalan raya yang menghubungi kampung saya ke pekan kecil Kanibongan adalah amat diperlukan dan sangat penting buat semua penduduk di kampung saya.
KELINIK DESA
KELINIK DESA
Di dalam kampung saya juga tidak terdapat kelinik desa. Hanya yang ada kelinik kesihatan Ibu dan Anak iaitu di pekan kecil Kanibongan yang jaraknya kira-kira 10 km daripada kampung saya. Penduduk kampung saya terpaksa pergi ke pekan Pitas kira-kira 21 km. jaraknya. Masalah yang timbul apabila musim hujan, keadaan jalan yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan berkuasa rendah seperti bas mini dan sebagainya, kebanyakan penduduk yang mengelami masalah kesihatan, tiada kelinik kesihatan yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal. Maka tidak heiran jika taraf kesihatan penduduk kampung masih di tahap yang rendah. Kelinik Kesihatan Desa adala amat mustahak di kampung saya.
BEKALAN TENAGA ELEKTRIK
Kami amat bersukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana sekarang ini bekalan elektrik sudah terdapat di kampung saya. Kalau dahulu kampung saya sentiasa bergelap setiap malam sejak saya berusia 38 tahun, kini hampir 100% rumah yang ada sudah terang-benderang apabila di waktu malam. Kalau dahulu tidak ramai yang mempunyai televisyen, kini hampir kesemua keluarga di kampung saya yang memilikinya kerana adanya bekalan elektrik tersebut. Malah tidak ketinggalan juga yang telah memiliki peralatan elektrik seperti ASTRO, Peti Sejuk dan sebagainya. Walau bagaimanapun, semasa pengumuman kerajaan Malaysia bahawa pemilik rumah yang menerima bil penggunaan elektrik kurang daripada RM20.00 sebulah, tidak perlu membayar bil tersebut, agak mengecewakan kerana kakitangan pembaca meter elektrik hanya datang membaca meter di kampung saya 3 bulan sekali. Keadaan ini akan mengakibatkan bil elektrik melebihi RM20.00 setiap bil dan bukan setiap bulan, terpaksa dibayar oleh penduduk kampung. Sudalah begitu, jika lewat dibayar sudah pasti kadar bil tersebut akan berganda apabila 3 bulan berikutnya. Masalah tunggakan bil elektrik ini sepatutnya tidak akan timbul dan tidak akan membebankan penduduk kampung jika bukan beberapa perkara seperti berikut:-
1. Kelewatan pembacaan kadar pengguaan elektrik (3 bulan sekali)
2. Kebanyakan penduduk kampung berpendapatan yang sangat minima kurang daripada RM250.00 sebulan
3. Sistem jalan raya untuk ke pejabat pembayaran bil elektrik yang sering menjadi masalah
Selain daripada itu, bekalan elektrik tersebut sering mengalami gangguan bekalan terputus. Purata gangguan bekalan elektrik dianggarkan 25 hari dalam sebulan dengan purata tempoh masa gangguan 30 minit ke 24 jam. Notis gangguan tersebut, tidak diperolehi sama ada melalui siaran radio, surat khabar atau sebagainya. Keadaan ini sudah pasti banyak mendatangkan kerugian kepada penduduk kampung kerana segala makanan yang disimpan dalam Peti Sejuk selalu rosak(busuk) akibat ketiadaan bekalan elektrik yang agak lama dan kerap. Pengusaha kedai runcit secara kecil-kecilan dan perusahan yang menggunakan tenaga elektrik juga selalu mengalami kerugian apabila perusahaan atau barangan tersebut rosak atau musnah akibat ketiadaan bekalan elektrik. Kestabilan dan kecekapan kelencaran bekalan elektrik yang diberikan kepada kampung saya amatlah diperlukan dan perlu diambil perhatian kepada yang berkenaan.
KONSEP 1 MALAYSIA
SUNGGUHPUN kampung saya menghadapi beberapa masalah seperti yang saya nyatakan di atas, keakraban, kemesraan, semangat kejiranan, amalan bergotong royong dalam segala usaha, masih kuat diamalkan oleh penduduk kampung saya daripada dahulu sehingga sekarang. Keunikan kampung saya adalah masih kuat dengan pegangan amalan dan kebudayaan masyarakat kampung yang diwarisi sejak dahulu kala, serta berbagai jenis upacara dan adat resam, masih terpelihara meskipun penduduk kampung saya terdiri darpada pelbagai anutan agama dan bangsa keturunan. Antara bangsa yang terdapat di kampung saya adalah seperti bangsa rungus(kebanyakan), Tambanua, Sungai, Kadazan/Dusun, Kimaragan, Cina Campuran, Bajau laut dan Suluk. Agama majeroti di kampung saya adalah Kristian, diikuti Islam dan Pagan.
Perancangan dan slogan perdana menteri kita "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" dalam merialisasikan gagasan 1 Malaysia untuk mencapai 1 matlamat transfomasi yang amat besar buat Negara kita yang tercinta di seluruh pelusuk rantau di Malasia, adalah amat bertepatan dalam impian dan harapan sanubari seluruh rakyat Malaysia Amnya dan di kampung saya khususnya. Sehubungan dengan itu, sokongan kami untuk Kerajaan Malaysia tidak akan goyah dan tak akan berbelah bahagi, meskipun ombak melanda merubah pantainya, guntur dilangit sabung menyabung, kilat membelah bumi. Sehubungan dengan itu, kami YAKIN, kampung kami PASTI mendapat TARAF yang sama seperti di tempat-tempat lain di Semananjung Malaysia yang berpaksikan peribahasa "BERDIRI SAMA TINGGI DUDUK SAMA RENDAH", KITA 1 MALAYSIA".

